10 Apr 2012

Program Jalinan Mesra Komuniti Bersama KKRB

KKRB akan mengadakan karnival kursus pendek yang mana ia akan diadakan secara serentak dalam masa 2 hari. Kursus pendek yang ditawarkan masih di dalam perancangan. Keutamaan diberikan kepada penduduk sekitar Taman Pinggiran Pedas, dan sekiranya permintaan kurang, kursus ini akan dibuka kepada peserta luar kawasan ini.

Program ini adalah program jalinan mesra bersama komuniti setempat supaya lebih memahami peranan masing-masing. Kursus pendek yang dicadangkan juga adalah kursus yang menjurus kepada permintaan komuniti. Sekiranya ada penduduk setempat yang berminat untuk mengikuti kursus ini, anda boleh berbuat sedemikian dan menghubungi KKRB dalam kadar segera.

Tarikh program :

28 hingga 29 April 2012 (Sabtu dan ahad)
Yuran kursus : Mengikut kursus yang ditawarkan. (akan dimaklumkan kemudian)

5 Apr 2012

Kursus Bulan April

Pada bulan April ini beberapa kursus akan dijalankan :

Sedang berjalan :

1. Kursus Pengukuhan Komunikasi Bahasa Kebangsaan
2. English Communication Skills
3. Kursus Tarian Tradisional Melayu
4. Kursus Jahitan Langsir
5. Kursus Landskap

Akan dijalankan :

1. Kursus Asas Fotografi
2. Sulaman Manik
3. Asas Komputer
4. Kursus Perkhidmatan Hidangan Makanan
5. Pengurusan Jenazah
6. Membuat Kuih Apam
7. Kursus Jahitan Tudung

dan beberapa kursus lagi yang masih di dalam perancangan.

Bagi komuniti yang berminat dengan kursus akan datang yang dirancang..boleh menghubungi kolej untuk membuat pendaftaran.

4 Mar 2012

Kursus Pendek



Terdapat pelbagai kursus pendek boleh dijalankan di kolej ini demi memenuhi kehendak komuniti. Dengan kadar yuran yang rendah, ia mampu membantu semua golongan komuniti untuk menambah kemahiran dan kepakaran mereka di dalam sesuatu bidang yang diminati.

Sasaran utama Kolej Komunit Rembau adalah komuniti setempat, namun demikian permintaan dari luar kawasan juga masih diterima. Komuniti yang berjaya menjadikan kemahiran yang diperolehi untuk dijadikan sumber pendapatan, adalah sasaran utama pihak kami.


Kebanyakkan kursus yang ditawarkan :
1. Tanaman
2. Masakan
3. Jahitan
4. Komputer
5. Kecantikan

Kadar bayaran yuran kursus yang ditetapkan adalah :

1 - 5 jam        --> RM 5.00
6 - 10 jam      --> RM 10.00
11 - 15 jam    --> RM 15.00
16 - 20 jam    --> RM 20.00

* Warga emas (60 tahun ke atas), yuran kursus adalah DIKECUALIKAN.

Yuran Bahan :
Bergantung kepada jenis kursus.

Syarat Kemasukan :

1. Berkumpulan (Minima 15 orang)
2. Individu

(Mengikut jadual, tempat dan masa yang telah ditetapkan)

Peserta :

Semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak hingga dewasa dan warga emas.

"JANGAN LEPASKAN PELUANG INI"

Pengenalan


Kolej Komuniti Rembau pada masa awal pembukaannya pada Jan 2010. Merupakan kolej di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan merupakan salah satu kolej induk di daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Kakitangan kolej ini terdiri daripada staf bahagian sokongan dan akademik yang diketuai oleh Pengarah iaitu Tuan Haji Baharudin Bin Mohd. Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan salah satu jabatan yang memainkan peranan penting kepada kolej bagi memenuhi misi, visi dan objektif kolej iaitu memberi perkhidmatan kepada komuniti bagi semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.